Mencontohi dari yang terbaik, Mencuba memberi yang terbaik, Mengharap pengakhiran terbaik

Antara Saya, Kawan dari China dan Maher Zain

Mesti pelik kan baca title post ni? Ape kaitan saya dengan Maher Zain? Nak kata ada iras-iras jauh sekali. Nak kata saya pandai menyanyi atau main gitar, ermm ada la sikit hehe..

Macam ni sebenarnya, beberapa bulan lepas, ada kawan China (dari negara China) mintak lagu Malaysia dari saya. Dia kata, nak try dengar, sebab kadang-kadang lagu yang kita tak faham kita boleh jadi suka, kata dia. Saya pun kata, “okey! Boleh je” dengan gembiranya.

Selang beberapa hari kemudian, dia bagi USB pendrive lalu saya cucuk kat laptop sambil mencari-cari lagu yang best untuk kasi kat Hansei (nama dia) ni. Sedang saya mencari-cari, tiba-tiba terpandang playlist Maher Zain, lalu timbullah ‘niat jahat’ (niat baik sebenarnya) untuk memberi beberapa lagu Maher Zain pada cik Hansei ni. “Manalah tau dia suka”, fikir saya dalam hati, eh dalam otak. Lagu Siti Nurhaliza dan lagu Opick pun saya bagi kalau tak silap.

Kemudian, berlalu lah beberapa ketika.

Hari ini, saya terserempak dengan dia di universiti selepas cuti musim sejuk. Lalu, kami pergi makan bersama-sama. Sambil tunggu beratur nak beli makanan, tiba-tiba dia kata,

“Saya dah dengar semua lagu yang awak bagi, saya suka lagu Maher Zain! Saya boleh faham sebab dalam English!”

Woho! terkejut saya. Dia suka lagu-lagu Maher Zain, lalu saya tunjukkan semua lagu Maher Zain yang saya ada dalam iphone. Lalu dengan sedikit jelesnya dia kata,

“Mana aci, awak ada banyak, tapi bagi 4 je kat saya! Saya nak semua lagu Maher Zain, nanti bagi ye.” (tokok tambah sikit di situ)

Saya sangat lah gembira sebab dia suka lagu-lagu tu bukan kerana kami berkongsi cita rasa yang sama, tapi kerana saya rasa telah menyumbang sesuatu kepada dia untuk mendekati Islam walaupun Allah yang sebenarnya telah mengerakkan hatinya untuk menyukai lagu-lagu Maher Zain itu.

Cik Hansei ni pernah beberapa kali datang ke rumah saya, makan masakan Malaysia hasil air tangan saya. Buat pengetahuan semua, cik Hansei ni tak percaya pada kewujudan Tuhan. Pernah beberapa kali, saya bercerita tentang Islam pada dia. Saya juga penah bersoal jawab tentang takdir, tujuan hidup, mati dan lain-lain.

Sungguh saya amat berharap, dia akan mencari Tuhan itu, dan saya berharap bukan dia sahaja, tapi semua orang Jepun yang saya kenal akan dibukakan pintu hati mereka untuk melihat Islam itu.

Buat mereka, saya rasa amat bersalah kerana jika mereka bertanya pada saya “apa itu Islam?”, tapi saya hanya dapat menerangkan “Islam itu mengucap 2 kalimah syahadah, solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji, dan menunaikan zakat, bla.. bla..” Saya sangat rasa bersalah kerana tidak dapat menzahirkan sepenuhnya Islam itu melalui perilaku saya dan mengatakan “lihatlah diriku, itu lah Islam”.

Kerana hakikatnya, Islam itu bukan pada rukun semata-mata, tapi pada terzahirnya akhlak berasaskan al-Quran itu sendiri.

Saya tahu, saya mewarisi beban yang berat. Beban para rasul, para nabi dan para syuhada’. Dan bukan saya seorang menaggung beban itu, anda juga sama! Beban yang dinamakan dakwah, menyampaikan kalimah toyyibah, menyampaikan hak mereka untuk tahu siapa Allah? Apa itu Islam? dan sebagainya.

Kenapa kita kena buat dakwah tu? Jawapan saya cuma satu,

dan ingatlah ketika suatu umat di antara mereka berkata, “mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?” Mereka menjawab, agar kami mempunyai alasan (lepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertakwa

(al-a’raf 7:164)

astaghfirullah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s